Home

Thursday, December 23, 2010

ROTI GORENG BERSOSEJ

Menu yang simple, cepat ringkas dan sedap.Anak-anak paling suka menu ni tambahan pulak makan panas-panas .Menu ni juga jadi kesukaan anakmurid kak ngah yang ada kelas tambahan pra tahun 6 cuti sekolah ni.Memandangkan kantin tutup kak ngah sukarela buka mini kantin untuk dieorang sementara menunggu anak kak ngah yang juga menghadiri kelas tambahan ni.Ok mari kita tengok resepinya.


Bahan-bahannya:
1 bungkus roti gardenier ( lebih kurang 20 keping )
1 biji telur A
10 batang sosej (dibelah dua dan dicelur sedikit dengan air panas)
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit lada sulah
1 sdk air kapur
1 sdb minyak
3 sdb tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat roti selepas digulung)


Caranya:


1.Roti digelek sehingga leper dengan menggunakan kayu penggelek.(Untuk memudahkan proses
menggulung)
2.S0sej dibelah dua dan dicelur sedikit dengan air panas.
3.Dalam mangkuk sederhana pecahkan telur dan dipukul sedikit.Kemudian masukkan tepung
beras,garam,lada sulah,air kapur,minyak dan air .Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan
tidak terlalu cair seperti tepung untuk mencelup goreng pisang.
3.Letakkan sosej yang telah dibelah dua tadi di atas sekeping roti yang telah digelek, gulungkan
sambilmenekan-nekan sedikit rotinya dan sapu bancuhan tepung gandum di hujung gulungan
supaya roti tidak terbuka semasa digoreng.(seperti proses menggulung kulit popiah)
4.Ulang proses yang sama sehingga habis.
5.Panaskan kuali dan minyak sperti hendak menggoreng pisang, pastikan inyak betul-betul
panas,celupkan roti yang telah digulung ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng sehingga
kekuningan.
6.Fungsi air kapur dan minyak dalam bancuhan tepung beras adalah untuk merangupkan roti
tersebut selepas digoreng.Selamat mencuba.

*Gambar yang kak ngah upload ni rotinya belum digoreng sebab kalau dah goreng takut tak
sempat ambil gambar he..he..





No comments:

Post a Comment