Tuesday, November 22, 2011

STICKER BARU PAU MEKAR

Sticker Pau Mekar Edisi ke 4 untuk penambahbaikan...lebih besar..terang dan jelas...sukses.

Sunday, November 20, 2011

Cheescake Edisi Habiskan Stok

Bermulanya cuti yang tak cuti he..he sebab masih ada kerja-kerja yang belum beres...alhamdulilah masih ada kesempatan untuk main masak-masak kat dapur semula setelah 'busy' memanjang.Sibuk ngan 'assingment,' proposal dan program 'melabuhkan tirai' 2011...aktiviti Sal Baha pun terpaksa dihentikan sementara...insyaallah ada kesempatan cuti ni aktiviti kembali seperti biasa. Hari nie sementara tunggu nak pergi jemputan sambil ngemas-ngemas kat dapur sempat jugale membaking....habiskan stok..sebelum masuk stok baru. Nak gi bercuti pun belum tahu kena tunggu exam oum habis le kot..


Thursday, November 17, 2011

Hari Graduasi Tahun 6 dan Pengumuman UPSR

Majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun 6 serentak dengan Pengumuman Keputusan UPSR dah pun berakhir. Tahniah buat anak-anak didikku yang telah berjaya dengan cemerlang. Buat yang kurang berjaya usaha lagi di masa akan datang.Di kesempatan ini kak ngah juga ingin mengucapkan sekalung tahniah dan kesyukuran yang tidak terhingga kerana anakanda Muhammad Aliff Danial Akbar putera sulong kak ngah dianugerahkan Tokoh Ko Kurikulum 2011 dan mendapat keputusan 4A 1B dalam UPSR.semoga anakanda tidak patah semangat kerana perjalanan hidup anakanda masih panjang insyaallah. Walaupun target 5A tidak menepati sasaran sesungguhnya mama dan babah serta seisi keluarga mengucap syukur atas kejayaan anakanda yang penting segala usaha telah anakanda lakukan...dan inilah keputusannya maka kita kena redha..semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anakanda bahagia serta selamat dunia dan akhirat.


Pandan Kastard Blueberry Tart

Yummm..yum..yum sedapnya Pandan Kastard Tart With Blueberry Filling...buat malam tadi untuk rakan-rakan KEBIRUS sempena Hari Graduasi Tahun 6




Friday, November 11, 2011

KEK KAROT




RESEPI KEK KAROT



Bahan-bahannya :


1 cawan tepung gandum


1 camca teh baking powder


1/2 camca teh soda bikarbonat


1/2 camca teh garam halus


1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis


2 biji telur gred A


3/4 cawan minyak jagung


3/4 cawan gula halus


1 1/4 cawan parutan lobak merah diperah sedikit airnya


1/2 cawan nanas dalam tin dicincang


1/2 cawan kelapa kering


1/2 cawan kacang walnut dicincang



Toping Cream Cheese
50 g mentega


200 g cream chees


1 sudu kecil perisa oren


125 g gula icing di ayak


CARA-CARANYA


1. Panaskan oven pada suhu 180 c. Lenser dan alas loyang 7 x 7 ketepikan.

2. Dalam mangkuk adunan masukkan telur, minyak jagung dan gula putar hingga rata dan gula hancur, masukkan bahan-bahan yang diayak tadi dan kacau lagi hingga sebati.

3.Masukkan lobak parut, nanas cincang, kelapa dan walnut, gaul rata dengan spatula dan masukkan dalam loyang dan bakar dalam masa lebih kurang 50 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan kek di atas rak dan toping dengan menggunakan cream cheese yang telah diputar bersama mentega , gula dan perisa oren.

5. Buat hiasan ikut kreativiti ataupun kesesuaian tema atau majlis.