Home

Thursday, November 17, 2011

Hari Graduasi Tahun 6 dan Pengumuman UPSR

Majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun 6 serentak dengan Pengumuman Keputusan UPSR dah pun berakhir. Tahniah buat anak-anak didikku yang telah berjaya dengan cemerlang. Buat yang kurang berjaya usaha lagi di masa akan datang.Di kesempatan ini kak ngah juga ingin mengucapkan sekalung tahniah dan kesyukuran yang tidak terhingga kerana anakanda Muhammad Aliff Danial Akbar putera sulong kak ngah dianugerahkan Tokoh Ko Kurikulum 2011 dan mendapat keputusan 4A 1B dalam UPSR.semoga anakanda tidak patah semangat kerana perjalanan hidup anakanda masih panjang insyaallah. Walaupun target 5A tidak menepati sasaran sesungguhnya mama dan babah serta seisi keluarga mengucap syukur atas kejayaan anakanda yang penting segala usaha telah anakanda lakukan...dan inilah keputusannya maka kita kena redha..semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anakanda bahagia serta selamat dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment