Monday, December 10, 2012

PAVLOVA

Lepas buat tiramisu ...buat pulak Pavlova untuk makan-makan tetamu yang datang...kerjasama tiga penjuru...R'gees ...Mak usu dan SAL Mekar. Bila di dapur bersama-sama fuhh riuh rendah ...dapur yang sempit  tidak terasa...bukan senang nak jumpa selalu bila duduk berjauhan R'gees di Kuala Kangsar, Mak usu di T. Malim dan SAL Mekar di Parit Raja ...mak pun tak kurang hebatnyer turut juga membantu menyediakan menu tengahari Ayam hutan masak asam pedas, umbut kelapa tumis air, pucuk paku tumis air, keli goreng dan ikan mayong masak sambal...sedap menjamu selera .....



Tiramisu

Alhamdulillah hari nie dapat buat kek Tiramisu bersama adik dan mak sedara yang datang bertandang dari Kuala Kangsar dan Tanjung Malim...apabila mempunyai hobi yang sama apa lagi riuhle kat dapur...dahtu macam-macam resepei yang timbul... yang untungnya anak-anak masing-masingle yang kenyag ...he..he ...lepas nie nak buat pavlova dengan triffel pulak...jom layan
 
 
 


Monday, December 3, 2012

CARTOON ARTWORK

Dalam kesibukan mengulangkaji untuk 'Exam ' semester akhir pada 9 , 23, dan 29 Disemeber 2012 ...alhamdulillah sempat juga Kak Ngah meluangkan masa menghadiri kelas kek cartoon artwork bersama Sweeteight Bakery ( Ruzila Abu Yamin)..Satu pengalaman yang menyeronokkan dan memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi..selama nie cuma menggunakan gambar edible image tetapi hari ni kena lukis dan warnakan sendiri watak kartun di atas kek...