Friday, November 11, 2011

KEK KAROT




RESEPI KEK KAROT



Bahan-bahannya :


1 cawan tepung gandum


1 camca teh baking powder


1/2 camca teh soda bikarbonat


1/2 camca teh garam halus


1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis


2 biji telur gred A


3/4 cawan minyak jagung


3/4 cawan gula halus


1 1/4 cawan parutan lobak merah diperah sedikit airnya


1/2 cawan nanas dalam tin dicincang


1/2 cawan kelapa kering


1/2 cawan kacang walnut dicincang



Toping Cream Cheese
50 g mentega


200 g cream chees


1 sudu kecil perisa oren


125 g gula icing di ayak


CARA-CARANYA


1. Panaskan oven pada suhu 180 c. Lenser dan alas loyang 7 x 7 ketepikan.

2. Dalam mangkuk adunan masukkan telur, minyak jagung dan gula putar hingga rata dan gula hancur, masukkan bahan-bahan yang diayak tadi dan kacau lagi hingga sebati.

3.Masukkan lobak parut, nanas cincang, kelapa dan walnut, gaul rata dengan spatula dan masukkan dalam loyang dan bakar dalam masa lebih kurang 50 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan kek di atas rak dan toping dengan menggunakan cream cheese yang telah diputar bersama mentega , gula dan perisa oren.

5. Buat hiasan ikut kreativiti ataupun kesesuaian tema atau majlis.


No comments:

Post a Comment