Saturday, December 25, 2010

PIZZA VERSI K'NGAH

Projek petang tadi atas permintaan anak-anak.Apalagi balik dari Kelas Tuisyen pra Tahun 6, lepas sediakan menu ringkas 'lunch' untuk anak-anak, k'ngah pun singsing lengan le nak menguli doh..maklumle belum ada BM.Demi anak-anak mama kuatkan semangat menguli hu...hu...Stok tepung roti pun baru beli 3 kilo...plan untuk dinner malam ni PIZZA...Yok jenguk resepi pizza versi k'ngah

Bahan Doh:
4 cawan tepung (k'ngah buat 2 cawan tepung roti 2 cawan tepung gandum...he...he jimat sikit..harga barang semua dah naik..rasanya tetap sedap lembut dan gebu
250 air
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu tepung
1 sdk garam
2 sudu besar gula pasir
2 sdk yis segera

* Dapat 3 keping kulit pizza seperti dalam gambar...( 1 saiz kecil 2 saiz sedang kalau nipis sikit mungkin boleh dapat 5 keping .k'ngah suka yang tebal sikit dan gebu.

Bahan Inti:
400 g daging ayam kisar 'Ramly'
2 sdb marjerin
2 ulas bawang putih
1 sdb sos tiram
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk serbuk lada sulah
1 sdk sos lada hitam
sedikit serbuk perasa ( k'ngah guna knor pasti sedap )

Hiasan :
Parutan sengkuang
Parutan karot
parutan keju
2 batang sosej ( dibakar sekejap dalam oven dan dipotong serong)
mayonis
sos cili
sos tomato
sos spagetti

Caranya;
1. Satukan bahan doh uli hingga lembut dan licin.
2. Rehatkan doh 45-60 minit tutup dengan plastik.Tengok gambar.
3. Pastikan ayam kisar tadi sudah dikeluarkan dari 'frige' dan dinyahbekukan.Basuh dan
toskan.Dadukan bawang putih tumis dengan 2sdb marjerin.Kemudian masukkan daging ayam
kisar tadi dan semua bahan inti.Sejukkan.
4. Canaikan doh ikut saiz kesukaan .Cucuk-cucukkan dengan garpu dan bakar lebih kurang 10-
15 minit (separuh masak).Keluarkan dan letak topping - sapukan sos cili,sos tomato,mayonis
dan juga boleh gunakan sos spagetti jika suka dan hias ikut kreativiti dan kesukaan masing-
masing.Taburkan parutan keju atau pancitkan mayonis.Bakar lagi selama 8-10 minit (ikut saiz
pizza).Sedap dimakan panas-panas.





















































































































































































1 comment:

  1. Pizza yang sedap , gebu dan menyelerakan dan menjadi kesukaan keluarga dan teman-teman

    ReplyDelete