Saturday, December 25, 2010

KEK SPAN 'SAMA CARA LAIN RUPA''

Hari ni buat lagi kek span lapis kastard pandan.Ini khusus untuk majlis perpisahan bersama Cik Liana -fasilitator ICT SKSP....jasamu dikenang segala ilmu yang diperolehi dari tunjuk ajarmu berkenaan ilmu ICT akan akak kenang sepanjang hayat...semoga dipanjangkan jodoh bersama SKSP dan berkhidmat lagi di sini di lain waktu dan ketika.TQVM....ummwahhhh
Bahan asasnya sama, cuma kita perlukan daya kreativiti dan kerajianan bila kita d'dapur untuk mempersembahkan segala masakan dalam gaya yang berbeza.Kata orang ''tak kenal maka tak cinta'' bila dah kenal semakin mesra.Ruang dapur yang comel dan tidak seberapa keluasannya menjadi meriah dengan idea masakan yang pelbagai gaya dan menarik hiasannya.Bagi kak ngah berjam-jam d'dapur seakan tidak sedar masa berlalu kerana minat untuk menyediakan masakan hasil dari air tangan sendiri dan juga anak-anak yang ringan tulang menolong mama d'dapur menjadikan mama tidak terasa letih apalagi ketika melihat permata hatiku menjamah makanan dengan berselera sekali setiap kali hidangan disajikan...

Ini buat khas untuk Hubby bawa gi ofis die JB.Harap diharap memenuhi citarasa 'my dear''
Yang ini pula buat sempena hari jadi anak ke 2 k'ngah NurSyabila Husna. ''Happy Birthday''


































































No comments:

Post a Comment