Saturday, December 25, 2010

Menu Ringan Kesukaan Anak-Anak

Anak-anak adalah pengikat kasih dan sayang.Di mata mereka penuh pengharapan.Naluri seorang ibu seronoknya melihat telatah anak-anak di meja makan menghadap makanan yang kita sendiri sediakan.Tidak pernah mengomel apa lagi meminta itu dan ini, apa yang mama masakkan semuanya sedap biarpun cuma sepinggan kentang goreng sebagai upah anak-anak bergotong royong dengan babah membersihkan taman sekeliling rumah.Dihidangkan panas-panas dengan sos dan mayonis...licin.







Bahan-bahannya:

10 biji kentang sederhana besar
1 cawan tepung beras
1 sdb serbuk rempah kari
1 sdb serbuk ketumbar & jintan manis
1 sdk garam
1 sdk air kapur
1 sdb minyak masak
sedikit air
sos cili
mayonis

cara-caranya:
1.Kupas kentang , basuh dan toskan.
2.Belah kentang ikut saiz kesukaan (kak ngah belah dan bahagikan kepada enam bahagian)
3.Bancuh tepung dengan sedikit air,masukkan rempah,air kapur,minyak,garam dan serbuk ketumbar.
4.Goreng dalam minyak panas hidangkan denan soso cili dan mayonis.

* Fungsi air kapur dan minyak masak dalam bancuhan tepung adalah untuk merangupkan
tepung.
* Cara nak buat serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis tu...belikan satu peket sederhana
ketumbar dan satu peket sederhana jintan manis-masukkan kedua-duanya dalam kuali dan
disangai atas api sederhana ( goreng tanpa minyak) kemudian dikisar halus dalam pengisar
kering .Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan untuk pelbagai masakan lain
seperti ayam goreng, ikan goreng tempe, tauhu goreng dlln sebagai penambah
perisa.Bagi yang takde masa beli aje yang dah siap.K'ngah suka buat sendiri-muai gitu....

No comments:

Post a Comment