Thursday, December 23, 2010

KEK SPAN LAPIS KASTARD

Semalam hari yang penuh kepenatan buat kak ngah.Exam OUM paper HBMS2103 boleh tahan soalannya. Balik exam release tension main bowling ngan hubby dan anak-anak.balik rumah terus buat kek untuk anak kak ngah Nursyabila .Hari jadi nya 22/12 tapi hubby kata nak sambut 21/12 - malam sebab 22 hubby kena ke JB.Apalagi kak ngah pun terus membaking petang tu juga ( jam dah menunjukkan pukul 6.15pm ) tu yang tak sempat nak hias keknya sebab masih panas.jadi le kek edisi 'emergency'' he..he tapi yang penting tetap 'air tangan ibu' buat anak-anakku.Permintaan kakak Syabila nak sambut birthdaynya kat Restoran Organic Chicken, so lepas Isyak terus ke sana bawa kek sempoi yang masih suam-suam kuku tu. Hari ni pun buat lagi konon nak lapiskan kastard ...pun tak sempat juga sebab ada tamu yang datang. So projek tertangguh lagi , kujamu tetamu ngan kek span sempoi..tapi still dapat pujian lembut dan gebu..TQVM kat penyumbang resepi ni kat KR.Adamasa kak ngah nak juga teruskan projek untuk lapiskan kastard dan deco yang lain-lain.






BAHAN UNTUK KEK

150 g tepung gandum ( kak ngah guna superfine -kek lembut dan gebu)
150 g gula kastor (kak ngah guna gula pasir dikisar)
5 biji telur A
80 ml air daun pandan ( kak ngah guna 2 sudu kecil paste pandan dibancuh ngan 80 ml air)
80 ml minyak
1sdt serbuk penaik
1 sdt pewarna hijau
1 sdt perisa pandan
1 sdb ovallete

cara-caranya;
1 Ayak tepung dengan serbuk penaik.
2. Kisar gula pasir hingga halus.
3. Satukan tepung yang telah diayak, telur, gula dan ovallete
4. Bila adunan sudah kembang masukkan air, adun lagi kemudian masukkan minyak dan kaup balikkan dengan senduk kayu.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.Masukkan adunan dan bakar dengan api atas bawah selama 35-45 minit.Setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan kek atas redai kuih.

Bahan untuk Kastard:

Bahan A:
180 g gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar

Bahan B
400 ml santan pekat
85 g tepung hong kwe hijau
1 sdt pewarna hijau
secubit garam
untuk hiasan ikut kreativiti sendiri dan stok bahan yang ada ok.

1. Kek dibahagikankepada dua bahagian.
2. Masak bahan A dengan api sederhana hingga gula hancur.
satukan bahan B ke dalam bahan A, kacau hingga pekat.
3. Tuang kastard atas lapisan yang pertama, kemudian tutup kastard tadi dengan sebahagian kek yang telah dipotong dan tuangkan baki kastard ke atasnya.Hiasan atas terpulang kepada kreativiti sendiri.

No comments:

Post a Comment