Sunday, March 27, 2011

KEK COKLAT MARBLE




BAHAN-BAHANNYA:

270 g tepung naik sendiri

230 g gula kastor ( kak ngah guna 200 g je )

250 g buttercup

60 g susu pekat

2 sdb ovallet

5 biji telur B

1 sdt perisa vanilla

2 sdb susu cair

1 sdt choc emulco

2 sdb serbuk koko


CARA-CARANYA:

1.Putar butter, ovallet dan gula sehingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan susu pekat. putar lagi hingga sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukkan essen vanilla. kacau sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian natural tanpa campuran dan bahagian yang satu lagi dicampur dengan serbuk koko, susu cair dan choc emulco.Kaup balikkan sehingga sebati.

4. Masukkan dalam loyang 9'' yang telah digris dengan mentega dan dilapis dengan kertas minyak yang telah disapu mentega secara berselang seli sehingga adunan habis dan lorekkan dengan menggunakan chopstick untuk menghasilkan corak marble.

5.Bakar pada suhu 175 C selama 45 minit atau sehingga masak.


No comments:

Post a Comment