Home

Sunday, February 13, 2011

Pau Dwirasa

Semalam hari yang penuh keletihan ....tapi menyeronokkan.Dapat berlari bersama anak-anak didikku dalam program ''Larian Perdana Mahkota'' ( Larian Serentak Pelajar Seluruh Negeri Johor Tahun 2011).Dah lama tak berlari maklumle usia pun makin meningkat he..he..Melayan telatah budak-budak sambil menjaga keselamatan mereka, dapat melihat suasana kampung sepanjang trek larian, bestnyer lalu di tepi rumah orang-orang kampung di situ rupanya durian sudah berbuah tapi belum musim gugur lagi...(sodapnyer durian) teringat durian Batu Kurau..hu..hu.Ok dipendekkan cerita walaupun rasa penat belum hilang balik rumah kak ngah teringin nak cuba resepi baru dan nak kreatifkan minda hari nie.Kebetulan ''hubby'' ada kat rumah hari ni..hasil kerjasama kakngah dan abang ngah maka keluarlah pau edisi D'dapur kak ngah n ngah hari nie..apa kata ''hubby'' kita letak nama Pau Dwirasa ...boleh jugak...ok jom layan resepi simple tapi kreatifkan penampilan...he..he.Kak ngah cuma membancuh doh sahaja yang gulung dan bentukkan pau tu ''hubby'' sebab kak ngah siapkan tempahan donut keledek pulak ...berbakat juga abang ngah ni kan. Jadi semalam D'dapur kak ngan n ngah, kak ngah buat donut keledek, abang ngah buat pau dwirasa yeahh.Kak ngah guna resepi doh pau asas tapi biasalah kak ngah suka menambah itu dan ini.Sukatan asalpun sikit je tapi kak ngah gandakan dalam gandaan 3 bancuhan doh....jom layan





Bahan-Bahannya:
1125g tepung pau
300g gula castor
600g air
5 sdt yis kering
3 sdt double action ( kalau guna baking powder 5 sdt )
3 sdb shortening
1 sdb butter
1 sdb susu pekat
1 sdb susu tepung

Untuk Dwirasa (kak ngah guna idea sendiri..boleh ikut selera dan kreativiti masing-masing)

sedikit pewarna merah jambu
strawberry filling secukupnya
peanut butter secukupnya

Caranya:
1.Campurkan semua bahan dan gula yang telah dilarutkan di dalam air dan uli doh dengan menuangkan air sedikit demi sedikit.

2.Uli doh dengan tangan selama 10 - 15 minit atau pun guna mesin penguli elektrik sehingga doh licin dan boleh diregangkan.(kak ngah guna mesin penguli )
3.Bahagikan doh kepada dua bahagian timbang sama banyak.
4.Letakkan pewarna merah jambu pada satu bahagian doh sehingga warna sebati dengan doh.
5.Leperkan kedua-dua doh ( kak ngah timbang setiap satu doh merah jambu 100 g dan doh kosong 100 g )
6.Sapu peanut butter pada doh kosong, letakkan kepingan doh merah jambu dan paipkan strawberry filling, kemudian gulungkan kedua-dua doh seperti Swiss Roll.
7. Potong doh dalam ukuran yang sama besar letakkan di atas kertas minyak dan perapkan doh 30-40 minit dan kukus pada suhu yang tinggi selama 10-15 minit.

Ok selamat mencuba...boleh gunakan pelbagai perisa kesukaan seperti pandan, coklat, kopi dan sebagainya.

1 comment:

  1. ha..ha kertas lebih besar dari pau..penat punya pasal tak sempat nak trim kertas cantik2.Jangan tiru kak ngah tau..yang bakal mencuba selamat mencuba dan buat cantik2..kak ngah sibuk nak kejar doh donut keledek masa tu pun dah mengembang..........he..he

    ReplyDelete