Saturday, January 8, 2011

Roti Nasi

Hari ni cuti so mula le nak mencuba resepi baru...seronok di dapur berjam-jam pun takpe.Semalam dah jenguk DTS, MG...fuhh cik mat kita kalau meroti memang menjadi tu yang teringin nak mencuba resepi Roti Nasi...jemput-jemput nasi dah selalu buat so lebihan nasi malam tadi terus je k'ngah bulatkan tekad nak juga mencuba resepi dari DTS kali ini. Sebelum tu pagi-pagi tadi, sesudah subuh he...he k'ngah dah siapkan doh 'cakoi' resepi kawan k'ngah bagi sebab die kata nampak k'ngah suka dengan hobi masak-memasak so die nak k'ngah cuba, dulu masa die kursus buat ''cakoi'' ni bayarannya mahal tapi die bagi k'ngah percuma je..semoga Allah memberkati kehidupannya sekeluarga...Amin ...Ok jom tengok resepi '' Roti Nasi'' yang k'ngah ambil dari sumber inspirasiku DTS Mat Gebu....






BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*100 ml air*60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar
gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian
tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh,
masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup
dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan
semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan
tunggu hingga siap.
3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian
gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas
permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven








No comments:

Post a Comment