Home

Sunday, January 9, 2011

Impianku Tercapai

Alhamdulillah hasrat k'ngah nak mendalami lagi ilmu seni menghias kek tercapai hari ini.Bersama ''sifu'' Ija Cake Decorating Class yang tidak lokek mencurah ilmu, pelbagai tips, nasihat dan petua yang berguna k'ngah ceduk untuk mula mengorak langkah terjun ke dunia seni menghias kek yang dulu hanya suka-suka sekarang sudah tumbuh minat yang mendalam dan bak kata orang ''sudah jatuh cinta''..Inilah hasil seni k'ngah dan teman yang baru k'ngah kenali Sazila yang turut sama menghadiri kelas pada hari ini.Terima kasih cikgu Ija...


No comments:

Post a Comment