Saturday, December 18, 2010

Jemput-Jemput Nasi Istimewa ''Hubby''

Minggu ni minggu exam OUM, hari ni kak ngah letak jawatan sementara kat dapur tu.Hubby ambil alih untuk menu sarapan pagi ni.Lepas subuh kak ngah sambung study.Keluar dari bilik hubby dah siap ngan menu sarapan pagi ni ''Jemput-jemput nasi'' sedap gebu dan lembut.TQVM Hubby.Resepi ni hubby dapat masa baraan Hari Raya masuk Kampung Pt Tengah Seri Kemajuan masa hubby masih bertugas di SK Seri Kemajuan.Teruja dengan jemput-jemput yang lembut dan sedap hubby tanyakan resepi ngan tuan rumah, balik terus hubby turunkan resepi tu pada kak ngah.Itulah sejarah mulanya kak ngah dapat resepi ni he...he.sejak tu nasi sejuk tak terbuang dan basi macam tu je...TQVM pada insan yang sudi bagi resepi mudah dan jadi kesukaan keluarga kak ngah.Kak ngah tambahkan udang geragau pada resepi ni hasilnya memang sedap.Aroma udang geragau bila digoreng fuh...terangkat.Untuk resepi sos pencicah jemput-jemput tu adalah resepi dari ''Ibu Mertuaku'' yang juga pakar bila didapur.Jom kita kongsi resepi ni.



Bahan-bahannya:

1 mangkuk sederhana nasi sejuk
1 mangkuk air
Tepung gandum secukupnya -tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
2 ulas bawang sederhana besar
1 genggam bilis
2 genggam udang geragau
2 batang daun sup
sedikit garam

Bahan Sos:
2 sudu cili kering kisar
1cawan sos cili
1 cawan air
1 ulas bawang putih diketuk
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kacang tanah kisar
2 sudu tepung jagung
sedikit garam
* Bahan sos - campurkan semua bahannya dan dimasak sehingga pekat di atas api sederhana

CARA - CARANYA
1.Blender nasi,bilis, bawang besar,dan segenggam udang geragau bersama satu mangkuk air.Gunakan
mangkuk yang sama dengan mangkuk untuk sukatan nasi.Kalau pekat tambahkan lagi sedikit air.

2.Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai, masukkan garam dan tepung sedikit-sedikit.Pastikan adunan tidak
terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

3.Potong daun sup dan taburkan ke dalam adunan bersama segenggam baki udang geragau tadi.Kacau rata
adunan.Jikalau suka bolehlah didadu bawang besar dan dimasukkan ke dalam adunan.

4. Goreng dengan api yang sederhana mengikut saiz yang dikehendaki.

5.Tidak perlu menambah sebarang serbuk penaik pada adunan.Jemput-jemput nasi ni
memang sedap dan lembut walaupun dah sejuk.Menu ringkas kegemaran keluarga.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment