Sunday, December 26, 2010
Menu 'Dinner' Edisi Mertua Datang
Saturday, December 25, 2010
Menu Ringan Kesukaan Anak-Anak
Bahan-bahannya:
10 biji kentang sederhana besar
1 cawan tepung beras
1 sdb serbuk rempah kari
1 sdb serbuk ketumbar & jintan manis
1 sdk garam
1 sdk air kapur
1 sdb minyak masak
sedikit air
sos cili
mayonis
cara-caranya:
1.Kupas kentang , basuh dan toskan.
2.Belah kentang ikut saiz kesukaan (kak ngah belah dan bahagikan kepada enam bahagian)
3.Bancuh tepung dengan sedikit air,masukkan rempah,air kapur,minyak,garam dan serbuk ketumbar.
4.Goreng dalam minyak panas hidangkan denan soso cili dan mayonis.
* Fungsi air kapur dan minyak masak dalam bancuhan tepung adalah untuk merangupkan
tepung.
* Cara nak buat serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis tu...belikan satu peket sederhana
ketumbar dan satu peket sederhana jintan manis-masukkan kedua-duanya dalam kuali dan
disangai atas api sederhana ( goreng tanpa minyak) kemudian dikisar halus dalam pengisar
kering .Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan untuk pelbagai masakan lain
seperti ayam goreng, ikan goreng tempe, tauhu goreng dlln sebagai penambah
perisa.Bagi yang takde masa beli aje yang dah siap.K'ngah suka buat sendiri-muai gitu....
KEK SPAN 'SAMA CARA LAIN RUPA''
PIZZA VERSI K'NGAH
Bahan Doh:
4 cawan tepung (k'ngah buat 2 cawan tepung roti 2 cawan tepung gandum...he...he jimat sikit..harga barang semua dah naik..rasanya tetap sedap lembut dan gebu
250 air
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu tepung
1 sdk garam
2 sudu besar gula pasir
2 sdk yis segera
* Dapat 3 keping kulit pizza seperti dalam gambar...( 1 saiz kecil 2 saiz sedang kalau nipis sikit mungkin boleh dapat 5 keping .k'ngah suka yang tebal sikit dan gebu.
Bahan Inti:
400 g daging ayam kisar 'Ramly'
2 sdb marjerin
2 ulas bawang putih
1 sdb sos tiram
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk serbuk lada sulah
1 sdk sos lada hitam
sedikit serbuk perasa ( k'ngah guna knor pasti sedap )
Hiasan :
Parutan sengkuang
Parutan karot
parutan keju
2 batang sosej ( dibakar sekejap dalam oven dan dipotong serong)
mayonis
sos cili
sos tomato
sos spagetti
Caranya;
1. Satukan bahan doh uli hingga lembut dan licin.
2. Rehatkan doh 45-60 minit tutup dengan plastik.Tengok gambar.
3. Pastikan ayam kisar tadi sudah dikeluarkan dari 'frige' dan dinyahbekukan.Basuh dan
toskan.Dadukan bawang putih tumis dengan 2sdb marjerin.Kemudian masukkan daging ayam
kisar tadi dan semua bahan inti.Sejukkan.
4. Canaikan doh ikut saiz kesukaan .Cucuk-cucukkan dengan garpu dan bakar lebih kurang 10-
15 minit (separuh masak).Keluarkan dan letak topping - sapukan sos cili,sos tomato,mayonis
dan juga boleh gunakan sos spagetti jika suka dan hias ikut kreativiti dan kesukaan masing-
masing.Taburkan parutan keju atau pancitkan mayonis.Bakar lagi selama 8-10 minit (ikut saiz
pizza).Sedap dimakan panas-panas.
Thursday, December 23, 2010
ROTI GORENG BERSOSEJ
Bahan-bahannya:
1 bungkus roti gardenier ( lebih kurang 20 keping )
1 biji telur A
10 batang sosej (dibelah dua dan dicelur sedikit dengan air panas)
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit lada sulah
1 sdk air kapur
1 sdb minyak
3 sdb tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat roti selepas digulung)
Caranya:
1.Roti digelek sehingga leper dengan menggunakan kayu penggelek.(Untuk memudahkan proses
menggulung)
2.S0sej dibelah dua dan dicelur sedikit dengan air panas.
3.Dalam mangkuk sederhana pecahkan telur dan dipukul sedikit.Kemudian masukkan tepung
beras,garam,lada sulah,air kapur,minyak dan air .Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan
tidak terlalu cair seperti tepung untuk mencelup goreng pisang.
3.Letakkan sosej yang telah dibelah dua tadi di atas sekeping roti yang telah digelek, gulungkan
sambilmenekan-nekan sedikit rotinya dan sapu bancuhan tepung gandum di hujung gulungan
supaya roti tidak terbuka semasa digoreng.(seperti proses menggulung kulit popiah)
4.Ulang proses yang sama sehingga habis.
5.Panaskan kuali dan minyak sperti hendak menggoreng pisang, pastikan inyak betul-betul
panas,celupkan roti yang telah digulung ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng sehingga
kekuningan.
6.Fungsi air kapur dan minyak dalam bancuhan tepung beras adalah untuk merangupkan roti
tersebut selepas digoreng.Selamat mencuba.
*Gambar yang kak ngah upload ni rotinya belum digoreng sebab kalau dah goreng takut tak
sempat ambil gambar he..he..
KEK SPAN LAPIS KASTARD
BAHAN UNTUK KEK
150 g tepung gandum ( kak ngah guna superfine -kek lembut dan gebu)
150 g gula kastor (kak ngah guna gula pasir dikisar)
5 biji telur A
80 ml air daun pandan ( kak ngah guna 2 sudu kecil paste pandan dibancuh ngan 80 ml air)
80 ml minyak
1sdt serbuk penaik
1 sdt pewarna hijau
1 sdt perisa pandan
1 sdb ovallete
cara-caranya;
1 Ayak tepung dengan serbuk penaik.
2. Kisar gula pasir hingga halus.
3. Satukan tepung yang telah diayak, telur, gula dan ovallete
4. Bila adunan sudah kembang masukkan air, adun lagi kemudian masukkan minyak dan kaup balikkan dengan senduk kayu.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.Masukkan adunan dan bakar dengan api atas bawah selama 35-45 minit.Setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan kek atas redai kuih.
Bahan untuk Kastard:
Bahan A:
180 g gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar
Bahan B
400 ml santan pekat
85 g tepung hong kwe hijau
1 sdt pewarna hijau
secubit garam
untuk hiasan ikut kreativiti sendiri dan stok bahan yang ada ok.
1. Kek dibahagikankepada dua bahagian.
2. Masak bahan A dengan api sederhana hingga gula hancur.
satukan bahan B ke dalam bahan A, kacau hingga pekat.
3. Tuang kastard atas lapisan yang pertama, kemudian tutup kastard tadi dengan sebahagian kek yang telah dipotong dan tuangkan baki kastard ke atasnya.Hiasan atas terpulang kepada kreativiti sendiri.
Sunday, December 19, 2010
Cucur Manis
1 sdb mauripan
1/2 cawan air
3 sdb gula pasir
1sdb minyak masak
1 cawan tepung gandum
sedikit pewarna kuning
CARANYA:
Senang saja kan..campurkan smua bahan di atas.Tunggu sekejap sehingga bancuhan tersebut naik dan goreng dalam minyak panas.ini hubby kak ngah yang buat.Resepi senang hubby pun boleh buat.Yang simple dan senang hubby dah boleh bantu.Untuk makan-makan anak beranak.Cucur ni taklah manis sangat manis-manis buah orang kata..hubby kak ngah suka makan dicicah dengan sambal tumis bilis ..terangkat
Apam Coklat
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1/3 cawan minyak masak
1 cawan susu segar ( kak ngah guna 4 sudu besar susu tepung bancuh dengan 1 cawan air)
1 sudu kecil esen vanila ( kak ngah guna perisa keladi-he he - pelik sikit -saje untuk kelainan )
1 biji telur
sedikit coklat urai (optional)
caranya:
1.Pukul gula dan telur sehingga kembang, masukkan susu berselang seli dengan tepung (diayak bersama soda bikarbonat , baking powder dan serbuk koko), masukkan minyak masak, kacau sedikit dan masukkan coklat urai kacau lagi hingga adunan sebati.
2.Sudukan ke dalam 3/4 acuan kertas dan kukus dalam periuk kukus yang telah dididihkan airnya.Kukus selama 10 minit.
Saturday, December 18, 2010
Jemput-Jemput Nasi Istimewa ''Hubby''
Bahan-bahannya:
1 mangkuk sederhana nasi sejuk
1 mangkuk air
Tepung gandum secukupnya -tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
2 ulas bawang sederhana besar
1 genggam bilis
2 genggam udang geragau
2 batang daun sup
sedikit garam
Bahan Sos:
2 sudu cili kering kisar
1cawan sos cili
1 cawan air
1 ulas bawang putih diketuk
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kacang tanah kisar
2 sudu tepung jagung
sedikit garam
* Bahan sos - campurkan semua bahannya dan dimasak sehingga pekat di atas api sederhana
CARA - CARANYA
1.Blender nasi,bilis, bawang besar,dan segenggam udang geragau bersama satu mangkuk air.Gunakan
mangkuk yang sama dengan mangkuk untuk sukatan nasi.Kalau pekat tambahkan lagi sedikit air.
2.Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai, masukkan garam dan tepung sedikit-sedikit.Pastikan adunan tidak
terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3.Potong daun sup dan taburkan ke dalam adunan bersama segenggam baki udang geragau tadi.Kacau rata
adunan.Jikalau suka bolehlah didadu bawang besar dan dimasukkan ke dalam adunan.
4. Goreng dengan api yang sederhana mengikut saiz yang dikehendaki.
5.Tidak perlu menambah sebarang serbuk penaik pada adunan.Jemput-jemput nasi ni
memang sedap dan lembut walaupun dah sejuk.Menu ringkas kegemaran keluarga.
Selamat mencuba.