Bahan asasnya sama, cuma kita perlukan daya kreativiti dan kerajianan bila kita d'dapur untuk mempersembahkan segala masakan dalam gaya yang berbeza.Kata orang ''tak kenal maka tak cinta'' bila dah kenal semakin mesra.Ruang dapur yang comel dan tidak seberapa keluasannya menjadi meriah dengan idea masakan yang pelbagai gaya dan menarik hiasannya.Bagi kak ngah berjam-jam d'dapur seakan tidak sedar masa berlalu kerana minat untuk menyediakan masakan hasil dari air tangan sendiri dan juga anak-anak yang ringan tulang menolong mama d'dapur menjadikan mama tidak terasa letih apalagi ketika melihat permata hatiku menjamah makanan dengan berselera sekali setiap kali hidangan disajikan...
No comments:
Post a Comment