Home

Wednesday, March 2, 2011

Roti Tocang Air Tangan Mertua

Salam semua...Di sebalik rupa roti tocang yang ceria ni ada cerita sedih sebelumnya.Pada pagi Isnin kira - kira jam 2 pagi ketika kak ngah baru nak melelpakan mata (baru lepas siapkan tempahan pau mekar) telefon rumah berdering..abang ngah pun masih belum tidur kerana mneyiapkan kerja-kerja membukukan laporan untuk dihantar keesokannya.Anak bongsu kak ngah pun masih belum tidur dan kelihatan gelisah.terfikir juga kenapale ''adik'' (panggilan manja untuk anak bongsu kak ngah ni) tak tidur-tidur..puas dipujuk suruh tidur tapi die macam gelisah dan resahkan sesuatu.Berbalik kepada telefon rumah yang berdering tak sempat diangkat deringannya dahpun berhenti.Hati mula dilanda resah terfikirkan kecemasan ataupun berita yang kurang baik dari kampung ataupun sahabat handai. Kak ngah cuba melelapkan mata..tapi sayup2 terdengar orang memberi salam..kak ngah tengok abang ngah masih tekun meneruskan kerja membukukan laporan,jadi kak ngah diamkan agaknya perasan kak ngah je kot orang memberi salam maklumle jam 2 pagi..tapi suara salam macam masih kedengaran beberapa kali...tak lama lepas tu baru kak ngah tengok abang ngah bingkas bangun menuju ke tingkap..barulah kak ngah berani bersuara..mama dah lama dengar macam orang beri salam...tapi tak berani cakap takut salah dengar.Rupa2nya dua orang jiran kak ngah datang memberitahu yang sepupu abang ngah meninggal tak sempat dibawa ke hospital meninggal dalam perjalanan.Arwah bukan sahaja sepupu kepada abang ngah tapi juga jiran kak ngah dan isterinya juga adalah orang yang menjaga anak bongsu kak ngah...isterinya anak kak ngah panggil Mak Yah dan arwahnya dipanggil Abah Tok, kak ngah pun terus peluk anak bongsu kak ngah ..patutlah ''adik'' tak boleh tidur ye..abah Tok dah takde...abah Tok dah meninggal dik..ucap kak ngah pada anak bongsu kak ngah yang sebenarnya masih kurang faham..apa situasi sebenar.Abang ngah terus ke rumah arwah bersama jiran yang lain menolong apa yang patut, keesokannya kak ngah ambil cuti balik ke Berong ambil mertua bawa ke Taman Manis untuk ziarah keluarga arwah...dan mertua kak ngah sempat bawa roti tocang yang dah siap dibuat sebelum tu untuk cucunya.Al Fatihah...buat arwah abah Tok dan takziah buat Mak Yah sekeluarga..semoga tabah menghadapi saat-saat kesedihan ini.Amin...



No comments:

Post a Comment