Sunday, March 27, 2011
KEK COKLAT MARBLE
270 g tepung naik sendiri
230 g gula kastor ( kak ngah guna 200 g je )
250 g buttercup
60 g susu pekat
2 sdb ovallet
5 biji telur B
1 sdt perisa vanilla
2 sdb susu cair
1 sdt choc emulco
2 sdb serbuk koko
CARA-CARANYA:
1.Putar butter, ovallet dan gula sehingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan susu pekat. putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukkan essen vanilla. kacau sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian natural tanpa campuran dan bahagian yang satu lagi dicampur dengan serbuk koko, susu cair dan choc emulco.Kaup balikkan sehingga sebati.
4. Masukkan dalam loyang 9'' yang telah digris dengan mentega dan dilapis dengan kertas minyak yang telah disapu mentega secara berselang seli sehingga adunan habis dan lorekkan dengan menggunakan chopstick untuk menghasilkan corak marble.
5.Bakar pada suhu 175 C selama 45 minit atau sehingga masak.
Thursday, March 24, 2011
Happy Birthday Danial
Syukur alhamdulillah dah besar panjang anak bujang mama..Selamat hari lahir yang ke 12 ''abang'' panggilan mesra untuk anak sulung kak ngah ni...semoga sukses dalam pelajaran..belajar.. betul2 tak lama lagi nak hadapi UPSR..tahniah atas keputusan 4A 1 B dalam UPPM 1 tempohari, teruskan usaha untuk berjaya cemerlang dalam UPSR nanti, tahniah juga buat abang kerana hari ni dapat saguhati tempat ke 5 dalam pertandingan catur MSSC dan dapat mewakili zon ke daerah...ha... tu die 3 biji kek untuk sambut birthday ''abang'' 2 biji kek untuk kawan-kawan dan dan yang satu lagi kek tu untuk guru-guru..sorryle ''abang'' mama sempat buat hiasan ringkas je..janji ada deco sikit2 kan..bunga mawar pun tak sempat bagi daun pancitkan aising rumput je...hu..hu malas nak tukar nozel masa dah ''time'' he..he..dah kepenatan sebab siapkan order pau mekar yang boleh tahan jugak senarai yang mengordernyer semalaman..pukul 5 pagi baru kak ngah bangun siapkan toping kek sebelum ke sekolah he..he, kelam kabut pun janji siap...itulah pengorbanan seorang ibu , semoga ''abang '' menjadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Abang Danial dengan dua biji kek sempena hari jadinya
Kek untuk kawan-kawan perempuan
Kek untuk kawan-kawan lelaki
Kek untuk guru-guru
Sunday, March 20, 2011
COKLAT OH COKLAT
Campur: warna dan original coklat (Pelbagai rasa: strawberry, keladi, oren, mocha, pandan dll) ~ Harga RM23.00
Colourful Lollichoc-Medium size ~ Harga RM1.50 ~
1 Keping Biskut Oreo Disaluti Coklat Yang Lazat ~ Harga RM1.80 ~
Door Gift 2pcs with ribbon ~ Harga RM2.00 ~
Door Gift 4pcs ~ Harga RM8.00 ~
Special Gift-Low Budget Gift ~ Harga RM25.00 ~
Hantaran 6set Pelbagai tema/warna ~Harga RM50.00~
Hantaran pertunangan, perkahwinan,istimewa untuk tersayang..35pcs soft paper box. Harga RM 43.00 with ribbon
Colourful Lollichoc-Medium size ~ Harga RM1.50 ~
1 Keping Biskut Oreo Disaluti Coklat Yang Lazat ~ Harga RM1.80 ~
Door Gift 2pcs with ribbon ~ Harga RM2.00 ~
Door Gift 4pcs ~ Harga RM8.00 ~
Special Gift-Low Budget Gift ~ Harga RM25.00 ~
Hantaran 6set Pelbagai tema/warna ~Harga RM50.00~
Hantaran pertunangan, perkahwinan,istimewa untuk tersayang..35pcs soft paper box. Harga RM 43.00 with ribbon
Tuesday, March 15, 2011
Tempahan Pizza
Mana yang sempat upload gambar kak ngah uploadkan mana yang tak sempat biarje la.Maklumle bisnes kecil-kecilan, serba serbi kena buat sendiri, nak siapkan tempahan, nak rekodkan jualan, nak semak stok, nak basuh peralatan, nak kemas bla...bal...bla tu yang kadang nak n3 blog pun dah tak sempat.Walaubagaimana sibukpun,letih, penat,kelam kabut tapi kak ngah seronok dengan aktiviti baru ni...doakan semoga semua sukses..Amin. Tempahan Dari Sahabat Seperjuangan Nora'isyah.TQVM
TIGA PERISA BARU
Salam semua...hu..hu minggu menghantar assignment.Alahamdulillah dah selamat hantar ''online'' dan walaupun sibuk aktiviti di dapur tetap rancak macam biasa..siapkan tempahan..frozen dan keluarkan tiga lagi Pau Mekar perisa baru.Terima kasih kepada pelanggan yang dikasihi dan semua yang menyokong usaha ini.Jualan secara pakej 3-RM10 mendapat sambutan .Boleh pilih mana-mana produk D'dapur kak ngah n ngah pau mekar pelbagai perisa, donut bijan , donut kentang ,karipap pusar kentang / keledek ,dan maruku dengan harga mana-mana tiga RM 10.terima kasih kepada rakan-rakan pengedar atas kepercayaan yang diberi dan terima kasih semua.
Wednesday, March 2, 2011
PAU MEKAR PERISA BARU
Salam semua ...Dah lama tak n3 kat blog ni sibuk ngan produk frozen, kuliah, assignment dan bla..bla...bla he..he .Semalam dari D'dapur Kak Ngah n Ngah buat pau mekar kacang merah ngan perisa baru setelah 2 perisa sebelum ni dah berada di pasaran iaitu Pau Mekar Kacang Merah/Vanilla dan Pau Mekar Kacang Merah/Pandan.yang ini Kak Ngah buat pula Pau Mekar Kacang Merah /Keladi dan bakal menyusul Pau Mekar Kacang Merah/Lemon dan Pau Mekar Kacang Merah/Strawberry di samping Pau Tradisional pelbagai perisa.Insyaallah....
Roti Tocang Air Tangan Mertua
Salam semua...Di sebalik rupa roti tocang yang ceria ni ada cerita sedih sebelumnya.Pada pagi Isnin kira - kira jam 2 pagi ketika kak ngah baru nak melelpakan mata (baru lepas siapkan tempahan pau mekar) telefon rumah berdering..abang ngah pun masih belum tidur kerana mneyiapkan kerja-kerja membukukan laporan untuk dihantar keesokannya.Anak bongsu kak ngah pun masih belum tidur dan kelihatan gelisah.terfikir juga kenapale ''adik'' (panggilan manja untuk anak bongsu kak ngah ni) tak tidur-tidur..puas dipujuk suruh tidur tapi die macam gelisah dan resahkan sesuatu.Berbalik kepada telefon rumah yang berdering tak sempat diangkat deringannya dahpun berhenti.Hati mula dilanda resah terfikirkan kecemasan ataupun berita yang kurang baik dari kampung ataupun sahabat handai. Kak ngah cuba melelapkan mata..tapi sayup2 terdengar orang memberi salam..kak ngah tengok abang ngah masih tekun meneruskan kerja membukukan laporan,jadi kak ngah diamkan agaknya perasan kak ngah je kot orang memberi salam maklumle jam 2 pagi..tapi suara salam macam masih kedengaran beberapa kali...tak lama lepas tu baru kak ngah tengok abang ngah bingkas bangun menuju ke tingkap..barulah kak ngah berani bersuara..mama dah lama dengar macam orang beri salam...tapi tak berani cakap takut salah dengar.Rupa2nya dua orang jiran kak ngah datang memberitahu yang sepupu abang ngah meninggal tak sempat dibawa ke hospital meninggal dalam perjalanan.Arwah bukan sahaja sepupu kepada abang ngah tapi juga jiran kak ngah dan isterinya juga adalah orang yang menjaga anak bongsu kak ngah...isterinya anak kak ngah panggil Mak Yah dan arwahnya dipanggil Abah Tok, kak ngah pun terus peluk anak bongsu kak ngah ..patutlah ''adik'' tak boleh tidur ye..abah Tok dah takde...abah Tok dah meninggal dik..ucap kak ngah pada anak bongsu kak ngah yang sebenarnya masih kurang faham..apa situasi sebenar.Abang ngah terus ke rumah arwah bersama jiran yang lain menolong apa yang patut, keesokannya kak ngah ambil cuti balik ke Berong ambil mertua bawa ke Taman Manis untuk ziarah keluarga arwah...dan mertua kak ngah sempat bawa roti tocang yang dah siap dibuat sebelum tu untuk cucunya.Al Fatihah...buat arwah abah Tok dan takziah buat Mak Yah sekeluarga..semoga tabah menghadapi saat-saat kesedihan ini.Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)