Home

Monday, December 13, 2010

Muffin Perisa Coklat

Hari-hari buat muffin jual kat sekolah sementara tunggu anak habis kelas tambahan pra tahun 6.Kantin tak buka jadi bolehle sambil-sambil isi tabung Kelab Muzik & Kebudayaan.Tukar-tukar perisa dan filling serta hiasan.Cuma hari ni baru le ambil gambar.Yang lepas-lepas tak ambil gambar.Seronok tengok resepi dari dapur blogger yang lain tu yang teringin juga nak ikut serta.

RESEPI MUFFIN PERISA COKLAT

MUFFIN PERISA COKLAT





Bahan-bahannya:
250 g butter / marjerin (k'ngah guna Planta)
240 g gula halus ( k'ngah 'blend' gula pasir )
5 biji telur B
500 g tepung naik sendiri (k'ngah guna bluekey)
250 ml susu segar / susu cair
2 penutup perisa coklat starbrand
2 penutup pewarna coklat starbrand

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.Alaskan loyang muffin dengan acuan kertas.
2. Putar butter / marjerin dan gula halus hingga kembang dan ringan.Maukkan telur sebiji sebiji
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.Pastikan mula dengan tepung dan akhirnya dengan
tepung supaya adunan tidak menjadi berat.
4. Jika hendakkan muffin berperisa mentega masukkan pada masa ini juga. K'ngah just guna perisa coklat
dan isi jem kat tengah.
5. Kalau nak isikan inti ikut citarasa sendiri, masukkan separuh adunan ke dalam mangkuk kertas,kemudian
bolehlah dibubuh blueberri, jagung manis, kaya atau jem pelbagai perisa sebagai inti.Kemudian isikan
adunan sehingga 80%.
6. Hiaskan ikut citarasa seperti kepingan badam,cip coklat, coklat urai, kismis atau kelapa kering.K'ngah
biasanya apa yang ada stok kat dapur je.
7.Bakar selama 20-25 minit ikutle oven masing-masing.Oven k'ngah kecil je.( 180- 25 minit )

p/s* Bagi yang baru nak berjinak-jinak ngan dunia masakan macam K'ngah ni- Ini adalah resepi asas untuk buat muffin kalau nak buat perisa pandan ke, orange ke dan lain-lain just tukar je perisa coklat tu.K'ngah dapat resepi ni dari adik yang memang 'attend ' kelas memasak kat Taiping Silver. minta izin Dik Jee K'ngah tempek resepi kat sini.K'ngah selalu buat ikut resepi ni sedap sangat , lemak manis, lembut dan gebu.TQVM

No comments:

Post a Comment