Home

Tuesday, February 15, 2011

Produk Frozen D'dapur Kak Ngah n Ngah


Alhamdulillah produk frozen dari dapur kak ngah sudah mula berada di pasaran dengan label D'dapur Kak Ngah n Ngah yang begitu ceria kombinasi warna pink dan hijau muda.Pizza, Pau Mekar, Donut Kentang, Donut Keledek dan Donut Bijan.Insyaallah akan muncul lagi produk pada masa akan datang.Terima kasih kepada keluarga,teman-teman, rakan peniaga dan semua yang menyokong kak ngah dari belakang dalam memberi dorongan, sokongan dan segala usahasama.Semoga memenuhi citarasa pelanggan semua.Kepuasan Pelanggan Tonggak Kejayaan ..Amin

Monday, February 14, 2011

Sedapnyer Coklat

Semalam aktiviti membuat coklat dari pagi sampai petang.Seronok dan meletihkan habis bau coklat satu badan..he..he...sedapnyer coklat..memang sedap dan sungguh sedap ..paraline, lolichoc, oreo, buble rice choc with cornflakes dan macam2 lagi.Boleh dipacking pelbagai rupa mengikut permintaan dan kesesuaian majlis.Ada rupa ada harga...layan






Sunday, February 13, 2011

Pau Dwirasa

Semalam hari yang penuh keletihan ....tapi menyeronokkan.Dapat berlari bersama anak-anak didikku dalam program ''Larian Perdana Mahkota'' ( Larian Serentak Pelajar Seluruh Negeri Johor Tahun 2011).Dah lama tak berlari maklumle usia pun makin meningkat he..he..Melayan telatah budak-budak sambil menjaga keselamatan mereka, dapat melihat suasana kampung sepanjang trek larian, bestnyer lalu di tepi rumah orang-orang kampung di situ rupanya durian sudah berbuah tapi belum musim gugur lagi...(sodapnyer durian) teringat durian Batu Kurau..hu..hu.Ok dipendekkan cerita walaupun rasa penat belum hilang balik rumah kak ngah teringin nak cuba resepi baru dan nak kreatifkan minda hari nie.Kebetulan ''hubby'' ada kat rumah hari ni..hasil kerjasama kakngah dan abang ngah maka keluarlah pau edisi D'dapur kak ngah n ngah hari nie..apa kata ''hubby'' kita letak nama Pau Dwirasa ...boleh jugak...ok jom layan resepi simple tapi kreatifkan penampilan...he..he.Kak ngah cuma membancuh doh sahaja yang gulung dan bentukkan pau tu ''hubby'' sebab kak ngah siapkan tempahan donut keledek pulak ...berbakat juga abang ngah ni kan. Jadi semalam D'dapur kak ngan n ngah, kak ngah buat donut keledek, abang ngah buat pau dwirasa yeahh.Kak ngah guna resepi doh pau asas tapi biasalah kak ngah suka menambah itu dan ini.Sukatan asalpun sikit je tapi kak ngah gandakan dalam gandaan 3 bancuhan doh....jom layan





Bahan-Bahannya:
1125g tepung pau
300g gula castor
600g air
5 sdt yis kering
3 sdt double action ( kalau guna baking powder 5 sdt )
3 sdb shortening
1 sdb butter
1 sdb susu pekat
1 sdb susu tepung

Untuk Dwirasa (kak ngah guna idea sendiri..boleh ikut selera dan kreativiti masing-masing)

sedikit pewarna merah jambu
strawberry filling secukupnya
peanut butter secukupnya

Caranya:
1.Campurkan semua bahan dan gula yang telah dilarutkan di dalam air dan uli doh dengan menuangkan air sedikit demi sedikit.

2.Uli doh dengan tangan selama 10 - 15 minit atau pun guna mesin penguli elektrik sehingga doh licin dan boleh diregangkan.(kak ngah guna mesin penguli )
3.Bahagikan doh kepada dua bahagian timbang sama banyak.
4.Letakkan pewarna merah jambu pada satu bahagian doh sehingga warna sebati dengan doh.
5.Leperkan kedua-dua doh ( kak ngah timbang setiap satu doh merah jambu 100 g dan doh kosong 100 g )
6.Sapu peanut butter pada doh kosong, letakkan kepingan doh merah jambu dan paipkan strawberry filling, kemudian gulungkan kedua-dua doh seperti Swiss Roll.
7. Potong doh dalam ukuran yang sama besar letakkan di atas kertas minyak dan perapkan doh 30-40 minit dan kukus pada suhu yang tinggi selama 10-15 minit.

Ok selamat mencuba...boleh gunakan pelbagai perisa kesukaan seperti pandan, coklat, kopi dan sebagainya.

Friday, February 11, 2011

Donut Kentang

Hari ni mendonut lagi tempahan dari Samudera Mas Ent.Order 500 biji donut kentang untuk ''frozen''..sementara tunggu bos datang sempat le buat N3 dulu he..he.Dah goreng 2 pinggan donut untuk anak-anak balik dari sekolah petang tadi sekejap je licin..sedapnya mama..lembut dan gebu kata along Danial..anak sulung kak ngah..pandai juga bagi komen..dah hari2 makan donut pun masih lum jemu tak apa le nak layan.....memang resepi donut ni pun lembut gebu dan ada rangup-rangup sikit itu antara komen yang diberikan oleh pelanggan yang dah mencuba..TQVM.Untuk semua tunggu donut inovasi dari D'dapur kak ngah n ngah dalam sedikit waktu lagi...tak sangka dalam suka mencuba-cuba resepi dan menggabungjalinkan bahan dan idea mendapat perhatian dari pihak rakan niaga untuk dipasarkan..rezeki kurniaan Ilahi atas segala usaha yang kita lakukan ..Amin..

Pau Mekar

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...hari ni N3 produk baru ''frozen food'' ke 3 dari D'dapur kak ngah n ngah selepas pizza dan donut kentang...sudah pun mula berada di pasaran mulai minggu lepas...terima kasih Samudera Mas Ent..kerana sudi menerima produk terbaru dari kami..semoga ikatan bisnes antara Samudera Mas Ent dan Sal Baha Ent ...semakin mantap...yeah..fuhh setelah mencuba pelbagai teknik dengan gabungjalin beberapa resepi akhirnya muncullah ''Pau Mekar'' air tangan D'dapur kak ngah n ngah...berkat kesabaran, tidak kenal penat dan jemu...akhirnya berjaya di pasarkan..pengedar baru dialu-alukan untuk join bisnes bersama D'dapur kak ngah n ngah...Setakat hari ini kami menyediakan Pau Mekar Pandan Kaya dan Pau Mekar Kacang Merah.....akan muncul lagi ''frozen food '' keempat dan seterusnya...pelbagai lagi menu yang menarik...TUNGGUUUUUUUUUUUU....................TQVM