Home

Monday, January 31, 2011

Donut Kentang

Semalam sehari suntuk hujan...dan hari ni pun hujan turun dari pagi juga...plan pagi ni nak ikut budak2 latihan bola jaring so tengok hujan takde tanda2 nak berhenti ...apalagi kepala pun plan agenda lainle pulak....apa nak buat ye...rasa macam rajin pulak nak cuba resepi donut kentang ni yang dah lama ambil dari dapur yati memories inilah masa dan ketikanya he..he nak mendonut ari ni..pastu ada kawan offer suruh supply untuk frozen pulak...ye ke macam tak percaya jer...jom layan resepinyer tapi sorry yati kakngah ada tambah sikit....saje nak bagi meriah resepinyer...lagipun kat dapur kakngah tu bahan-bahannya sentiasa ada stok..tu yang suka benor menambah2 tu..tapi tetap lembut dan gebu sampai ke petang.Perghhhh kakngah jadikan sukatan 5 cawan tepung terus...sampai leh frozen esok leh goreng lagi...naik lenguh tangan menguli..tapi takpe anak2 asyik keluar masuk kat dapur je mengambil donut..pastu layan cotton cheescake,chilled cheescake, brownies serta cheestart yang masih berbaki kat dalam peti ais...cewahh lepas ni makin tembamle anak2 mama.Cuti sekolah makan...makaan...makan...best nyer..jom layan resepi
Bahan-Bahannya:
4 1/2 cawan tepung gandum ( kakngah guna 5 cawan tepung roti / high protien)
1 cawan susu suam ( kakngah guna 2 sdb susu pekat dibancuh dengan 1 cawan air suam )
1 biji telur gred A
1 sdb yeast ( kakngah guna 2 sdb dibancuh dengan sedikit air suam )
3 sdb gula castor
3 sdb marjerin
1 cawan kentang rebus lenyek halus
1 sdb shortening ( resepi asal tak ada)
2 sdb susu tepung (resepi asal tak ada )

Cara-caranya:
1.Tepung, marjerin, susu tepung dan kentang lenyek digaul rata.Tuang yis yang telah dibancuh.
2.Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan susu yang telah dibancuh (tuang susu sedikit demi sedikit supaya doh tidak lembik)
3.Campurkan ke dalam tepung tadi dan uli sehingga menjadi doh .
4.Biarkan doh naik dua kali ganda.
5. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh ikut citarasa.
7.Goreng dengan api perlahan.
8.Angkat dan toskan dan gaulkan dengan gula halus.

Cheese Tart

Cheesetart dengan strawberry, blueberry dan orange filling...yummy...yummmy..ummmwah



Chewey Gooey Yummy Brownies

Chewey Gooey Yummy Brownies dengan coklat Ganache dan bunga-bunga kecil fondant untuk menaikkan seri.Belum sempat ditoping dah kena ngap..sebab tak sabar....sedap...lembut..terasa nikmat coklatnya...nak cuba rasa boleh order he...he


Cheescake

Cotton Cheescake



Cotton Cheescake With Strawberry Toping

Chilled Cheesecake With Blueberry Topping

Sunday, January 30, 2011

Birthday ''Hubby'' dan Bak

Tanggal 29 Januari adalah birthday ''hubby'' dan sebelum tu tanggal 28 januari adalah birthday my beloved father in law so sambutle birthday bersama-sama antara ''hubby'' dan Bak...kami yang lain tumpang happy dan perabih menu..he..he..seronoknya kak ngah cuma sediakan kek dan pizza tu pun nak cepat kek pun main deco je no foundation sebab nak kejar masa nak ambil anak kat sekolah ( ada program pemimpin kecil ) ising pun guna yang dah sedia ada ( baki yang tinggal sikit2 tu perabih je terus) kemudian ambil anak terus balik rumah mertua kat Sg. Berong....Rupa-rupanya mak mertua pun dah sediakan pulut, serunding kelapa, paru masak merah, ayam goreng berempah dan dalca sertamacam-macam lagi...sebab mak mertua pun hobinya suka masak-masak so memang ngam mertua dan menantu..he..he...jom layan...semoga ''hubby'' dan Bak sihat selalu dipanjangkan umur dimurahkan rezeki sayang you all...umwah..
.

Monday, January 24, 2011

Aktiviti d'dapur kakngahnngah hari ini

Fuhh hari nie banyaknyer kejer he..he.Satu hari suntuk duduk kat ceruk dapur,Apa nak buat di situ tempat yang sesuai untuk seorang perempuan bergelar suri rumahtangga kan? Apapun projek hari nie dah siap..kek mocha choc moist with soya bean hu..hu ganti susu..menjadi jugak..order dari'' hubby'' untuk makan2 kat ofis esok dengan pizza ayam, roti untuk warung kak Roknah dan pau kreatif untuk ''presention '' dengan Samudera Mas Enterprise....

Sunday, January 23, 2011

Roti Pandan dan Roti Kacang Merah

Hari ni meroti lagi ...roti pandan dan roti kacang merah ...buat try & error dalam pelbagai bentuk dengan menggunakan loyang yang ada...dan loyang yang dah lama terperuk kat dapur tu,kejap lagi nak canai dan bentukkan pau kreatif pulak..adunan dah naik nampaknya tu..sementara menunggu ''hubby'' balik dari kuliah sempatle melepa kek mocha choc moist with soya bean dah siap kak ngah bakar malam tadi...jom layan gambar...